WHERE ARE YOU?

Wednesday, December 22, 2010

merana hidup aku... Kehilangan Lappyy!!!

Salam.

Hi ,, aduh(mula2 dah megeluh).. ye la macam mana tak mengeluh kalau lappy ku hilang dipecah masuk orang rumah aku>> kejadian ni belaku seminggu lepas dekat JOHOR BHARU..
sehari sebelum kejadian tu belaku, aku pegi jala jalan dekat sekitar kawasan JOHOR. jalan with my parent la. Pegi Danga BAy n semua la .. Malam tu balik rumah dengan keadaan yang amat penat! aku pon masuk dalam bilik terus masuk kan gambar aku dalam lappy tu .. terus aku letak dekat atas meja dekat ruangtamu...

lepas tu aku pon masuk Bilik . tido dalam bilik sorang2 ... mak n ayah tido dekat ruang tamu tu.. kaki ayah tu boleh capai la lappy tu .. then malam tu dalam pukul tiga pagi aku tak bleh tido .. sebab sakit tekak( asyik batuk je ) then bngkit la untuk ke bilik air nak buang benda alah yang ada dalam idung n dalam tekak ni..( agaknya masa tu pencuri tu ada dekat dalam rumah sebab pintu pagar yang nak pegi ke dapur tu dah terbukak .. zul ingat ada orang pegi tandas jugak ... so tak kisah la .. memang zul pon tak tutup la balik .. then ayah zul bangkit ... dia tutup pintu tu ... pukul 4 pagi plak pencuri tu agknya la .. masih ada lagi dalam rumah tu .. sebab masa ayah bngkit kali kedua ayah tengk pintu terbukak ... sebelum kejadian tu, zul nmpak ada orang lintas dengan laju depan bilik zul tido tu ... zul ingat orang p tndas .. so zul tido la balik... hermm .... benda nak jadi ...

tapi pencuri tu memang cekap la .. coz dia senyap gile ... then bila bngkit pagi tu nak sembhyang subuh .. memang tak nmpak ape ape perubahan la .. sebab dia masuk ikot bilik satu lagi .. n bilik tu kosong .. pagi tu pukul lapan pagi semua berkumpul dekat belakang rumah sebab my mum nampak tingkap yang dicutter...n nampak cermin tingkap dekat atas rumput... masa tu mak jang zul masuk rumah n menjerit lappy mana ... zul pon dengan tekejut terus mencari n tak jumpa....
masa tu zul plak memaki hamun ... sampai mak jang zul tercengan ... hermm ... sakit hati jugak la waktu tu .. mak jang zul pon cakp dia pon tak boleh tido malam tu ... zul pon cakp nasib baik dia ambik lappy kalo tak benda ape la yang dia nak amik .. maklum la ... my mum macam mummy tido dekat depan .. barang kemas dia semua .. nasib dia tido berselibung .... herm .. nasib ...

sekarang ni tengh tunggu my mum punye kata putus .. dia cakap nak beli kan baru!!!! sebab dia kata bukan zul yang ilang kan .. benda nak jadi ...

BY ZOUL >>><<<<

Tuesday, November 30, 2010

nak Pegi main ..... la ... ice skating!!!! tercapai ke tak .... ni ..

salam ...

hi,
Jum la pegi ramai ramai .... huhuhu .....jadual ice skating ....



HUHU .... yeye ........
By Zoul ...

Siapa" kaH" aku!!!.. HAnya InsaN Yang..............

Salam...

Hi to All My friends.. herm .... SoalaN !!!

Siapakah Aku !! Hanya insan yang ditinggalkan.. Ermmm..Zoul penat la melihat reaksi seseorang yang selalu melupakan orang laIN apabila mendapat sesuatu yang dia mahu .... bagaikan HABIS MADU SEPAH DIBUANG.... hermm .... pening kepala betol la ..... tolong la STOP doing that !!!.... I really dont like .... okay ..... please la ..... herm ... tak boleh cakap ape la!!!!!.....

to my friend n semua orang la . senang cite ... so okay la ...

zoul nak melayan jiwa yang sedang merana ni..... SIAPAKAH AKU >>>>>>

BY ZOul ..

Thursday, November 11, 2010

OUHHH...

salam ...
Hi ,
ape khabar semua , lama benar saya tak ber blogging ni .. rasa bosan kalo x berblog ni .. so what going on .... !!!!!... hehe .... OKey la.. nak cau dah ni .. sebab skunk tengh ada kat sekolah .... okey .. bye .. see you next time k ... bye .. nak pegi canteenn .... bye .... HUHUH....... saighrrr ,,,
<<<>>>>>>
BY zoul ...

Saturday, October 16, 2010

haha /... so what in my mind ..

hi ..
how are you..
dah lama x update blog maa.. haha ... best nye .. jalan sakan .. esok p penang .. beli baju untuk makan malam akhir tahun pss .. yg ke tak tau .. so .. bye ..
see ya ...
haha

Monday, October 11, 2010

Allhamdullilah .... dah abis dugaan>> PMR >>

salam...
hi ..

macam mana lepas peperiksaan .... zul happy gile... haha .. best ... macam dah x bajar dah tu ... esok n lusa n sampai abis cuti .. semua enjoy ye....




kat sekolah zul ada tulis ni .. ( ceh bukan sek zul la... )... nak mampos bubuh macam ni .....kat sekolah ... haha..



so okey ..
enjoy ....

by..

zoul...

Sunday, September 26, 2010

News......... "hangat lagi neh"

salam...
To all muslim and
Hello to non-muslim...

Mutakhir ini, sering meniti dari bibir ke bibir..... WAAAAHHHHHH>>>>>> okey straight to the point zoul... don't waste ur time ... okey ..... So, u all penah dengar pasal TUMBLR tak, actually zul baru je sign up kat situ best maaa... fungsi dia seakan akan sama dengan BLOg but .... yang paling best nye kalo kite nak masuk kan lagu kat blog kite .. kite x payah nak tunggu dia load BERJAM JAm la katakan ... ahhaha .... dia bukak n terus main kan lagu tu ... but dia sama ja fungsi dia ngan BLOG .. tapi bestt ... u all kena sign up jugak .... nak tengk x macam mana dalam dia ..



ni lah dalam dia ... ni dekat DASHBOARD NYE .... cantik x.... haha ..... kalo nak tengk TUMBLR zoul... U all tulis (zulhaimi.tumblr.com).



OKEY .. thank coz bace ..... enjoy maaa.....

BY
Zoul..

Wednesday, September 22, 2010

Thursday, September 16, 2010

Makan2 Di sppppeeeeyyy....(sungai petani) mesti bace tau....




SALAM>>>>
zoul's gonna share with u all....something- hope u enjoy reading ....

LeBOSS Cafe Restaurant is one of my favorite restaurants in Sungai Petani. My dear friend and I went there for more than 5 times this month, since we found out this restaurant. It is a great place to have your lunch, dinner or even tea break there. Their food and service are good. Most of all, the environment is great too....

Read bout this place, a HALAL cafe and restaurant from JayceOoi's blog. Since the area near Tesco Sungai Petani houses a good number of cafes, restaurants, and nasi kandar outlets..... YUMMMMYY>>>
( kedai ni x la berapa popular masa dulu.. tapi sekarang POPULAR GILER>>>> nanti kalo korang datang SPEY(sungai petani) singgah la restaurant ni .... talk bout eat ... zul nak share gmbar zul makan kat LEEBOSS ni .. sedap jugak tau .....(gambar kat atas)

Of all the items on the menu, all 5 of my dining companions chose the Grilled Chicken Breast. Geez .... One can choose his/her preferred side dishes (two of them), from the usual fries and wedges, to buttered corn, pasta, salad and mashed potatoes.
The portion was large enough for one,(mesti kenyang) and may even be shared among light eaters. The grilled chicken can be served with your choice of gravy, from BBQ to mushroom, and teriyaki as well as some others. The mushroom sauce was a tad too salty to go with the already marinated meat. Though the chicken breast was grilled well; tender and juicy without being overly tough.(copy from the other blog)...

Kalo korang nak tengk gmbar nye( sume ada kat atas ) serious best makan kat sini) harga pon murah .... waaa... sedap lorrrrrr... rugi x try ... rasenye la kan pengurus or manager restaurant ni kaya kot ... coz barang sume not from Malaysia .. sume dari luar negara... huuh... best nyaman je.......

By zOul..... n Ada yang Paste dari other blog ..

Saturday, September 4, 2010

Sunday, August 29, 2010

My life Changed .... Ouh ...

Salam,

You had this pattern of repeating every word that you would say
Every word that you would say
Till I met you with a sigh and to this day I still regret
How I made you go away.I saw the whole world from your eyes, at least the glimpse you let me see.And what a glimpse you let me see
But your eyes can never stretch, over boundaries made in stone
I’m afraid that’s what will be..I imagine if I had another chance
To tell you all the things I should have said...We’d still find ourselves content in circumstance.But I’m content to say this anyway…The day that you were hit by that car
My life changed.I was lost and out of touch, with the way you made me feel
With the way you make me feel.Everyday just passes now, and I can’t count them on my own.And your face is never real.I imagine if I had another chance
To tell you all the things I should have said
We’d still find ourselves content in circumstance
But I’m content to say this anyway...

Friday, August 27, 2010

Bilakah Izrael mencabut nyawa kita? Apakah Tanda tanda mati ,,,

Izrail, salah satu nama malaikat yang diketahui umat Islam. Tugasnya sudah tentu mencabut nyawa selain beribadah kepada Allah, tuhan semesta alam. Mungkin ramai yang tertanya bagaimanakah Izrail mampu mencabut nyawa makhluk yang terlalu banyak di muka bumi Allah ini bukan? Ya, dia mampu mengambil nyawa kerana kekuasaan untuk mencabut nyawa yang telah Allah berikan padanya sama banyak dengan makhluk yang Allah ciptakan.

Dikisahkan, ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.

Tanda-tanda kematian seseorang

100 hari sebelum kematian:

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Apabila Izrail mencabut nyawa

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah”.

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain”.

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:

“Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan”.

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu”.

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir”.

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah”.

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikatKu, tulis Asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu”.

Sebaik saja mendapat perintah Allah maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah. Setelah melihat Asma Allah dan terbitnya rasa cintanya kepada Allah maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Tempat tinggal roh

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat”:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya”:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Jadi dengan ini, sama sama la kita bertaubat . Jangan menginkari ibu bapa ... solat lima wakttu cukup ....

By,
zuhelmY...

Thursday, August 26, 2010

My nEw PictuRe...!!!








Ni gambar baru zul baju ni sume akan diggunakan tahun hadapan. Zul nak pegi bercuti kat tempat sejuk, acctually x lah sejuk sangat cuma mild winter je... hehe ... jalan jalan .. cayok ..... cume baju yang tebal tu je baru beli satu ... huhuhuh.... Bestnye.. huhuhu .... 20 days zul duduk sana nanti .... (>_<)....!!!!

Monday, July 26, 2010

MUSim Peperiksaan mula lagi ,,,,

Assalamualaikum.

Sudah lama zul tak bermesra n berblogging ni kan. so hari ni zul amik la masa sikit untuk berblogging ... OKEy..

Nak tahu tak apa yang jadi ngan sekolah zul semalam. Semalam sekolah zul ada 'JAYA WARIS' , zul dah takot dah masa diowang nak buat benda program tu ... tau je la kan... mulut ibu I macam mana. so nak jadi kan cerita semalam ibu o ayah zul tak datang.. LEGA la .... ahhahah ..... ni la peluang zul 'ponteng sekolah'.. so zul pon cuti la sehari. ibu o ayah zul tak datang sebab ayah zul demam ... tak de sapa yang boleh drive .... so x jadi la pegi program tu.... Terima kasih kepada-NYA. hahha .....

Kami punye pengetua telah membubarkan peraturan untuk program 'JAYA WARIS' tu... di mana ibu bapa just amik slip markah kat cikgu class n ibu bapa kena jumpa ngan cikgu matapelajaran lain. so zul memang selamat la .. sebab ayah tak pegi kan .. kih kih kih ... SELAMAT LA KAU ZUL!!! . Almaklum la tak dapat "A' pon periksa kali ni ... PECAH REKOD SEKOLAH TU ZUL X DAPAT 'A' .. zul just dapat semua 'B'... KESIAN ZUL kan!!!!...

Buat ape nak pegi sekolah .... my guru kelas pon tak de ... dia telepas sampai ke LONDON for convo' anak sedaranya ... maklumlah teacher I tak kahwin la .... hehehe ..... so dia pegi la jalan-jalan ... Ni macam mana kepada semua pembaca yang amik periksa PMR or SPM Or STPM ooo ape sebagai la .... DAH SEDIA KE BELUM.. zul masih boleh dikatakan sederhana la dah bersedia... sebab penat sangat la ... almost everyday i ada teknik menjwab soalan ...... Then start from today semua dah kena sedia la ye ... hehe ....... this 15.8.2010 dah pecubaan .... then bulan 10( october) dah periksa PMR ..... aduh ... minta minta okey la kan result ..... huh ....

TARIK NAFAS PANJANG..
JANGAN LEPAS, SAMPAI BILA BILA OKEY...

SEKIAN,
ZulHelmY...

($___^)

Sunday, July 4, 2010

Kisah jin kafir vs jin islam

Assalamualaikum,

hari ni zul nak kongsi kat pembace blog semua kisah jin ni ..... ada la websitee yang zul cari tadi then terjumpa dan zul rasa tertarik sangat ....
SO ENJOY LER....

Semasa Rasulullah s.a.w. berdakwah di Mekah, satu pertemuan telah dirancang secara diam-diam untuk memalukan Rasulullah s.a.w. Berhala pujaan kafir bernama Walid ditempatkan dan Walid bersujud padanya. Jin kafir yang bernama Masfir telah memasuki badan berhala itu, mempamerkan kebolehannya bersembunyi di balik patung dengan mengeluarkan suara-suara yang mendustakan Rasulullah saw.
Jin itu memasuki patung berhala, menggetarkan badan patung dan berkata;Sungguh Muhammad bukanlah nabi. Tak perlu kau membenarkannya.
Ibnu Masud, yang kukuh imannya, menyaksikan berhala ini mengerutkan dahinya, Meracaukah berhala ini, ya Rasulullah saw?
Rasulullah s.a.w. tenang bersabda, Ibnu Masud, sahabatku. Engkau jangan gusar, ini hanyalah permainan syaitan yang nyata.; Sesudahnya Rasulullah s.a.w diikuti Ibnu Masud meninggalkan pertemuan muslihat kaum musyrik itu.
Dalam perjalanan pulang Rasulullah s.a.w dan Ibnu Masud dihentikan seorang penunggang kuda yang berpakaian hijau. Penunggang kuda tak dikenali itu turun dari pelana kuda dan mengucap salam kepada Rasulullah saw. Beliau menjawab dengan pantas, lalu bertanya “Siapakah engkau wahai penunggang kuda? Sungguh aneh salammu”.
Penunggang kuda misteri itu mengangguk; “Ya Rasulullah s.a.w. Sungguh diriku adalah dari golongan jin yang setia menganut Islam sejak zaman Nabi Nuh. Ketahuilah, aku telah meninggalkan negeriku sangat lama. Dan sekembalinya aku di rumahku, aku hairan melihat isteriku menangis tersedu-sedu. Aku bertanya apa yang telah terjadi dan membuatnya begitu sedih. Isteriku menjelaskan, Engkau sama sekali belum tahu, beberapa masa lalu Masfir telah mendustakan Rasulullah saw!”
“Aku marah besar kepada Masfir dan terus memburunya. Di antara Shaffa dan Marwa aku berjaya menangkapnya. Kepalanya kupancung dan aku tinggalkan badannya bak anjing hina tiada kepala. Lihatlah, darahnya masih segar di mata pedangku ini.”
Rasulullah saw mengangguk-angguk. Beliau mendoakan jin yang memiliki kebajikan itu, “Siapa namamu? Jin mukmin itu menyebutkan, Namaku Muhair bin Abhar, ya Rasulullah saw. Saya berhuni di bukit Thursina. Adakah engkau mengizinkan aku membalas penghinaan kaum musyrik melalui mulut berhala, seperti Musfir telah dustakan dirimu? Rasulullah saw bersabda, Lakukan sesukamu.
Beberapa penduduk kota Mekkah mengundang Rasulullah s.a.w untuk suatu pertemuan. Beliau menghadirinya dan di sana berhala Hubbal kembali diletakkan di atas meja. Satu demi satu orang-orang musyrik mulai bersujud pada;Wahai Hubbal. Sabdakan sesuatu tentang Muhammad pada kami. Patung berhala beku, diam tidak kuasa bertindak. Jin Muhair bin Abhar lalu merasuki berhala dan berkata, Hai penduduk Mekkah, camkanlah! Muhammad itu benar. Agamanya benar. Dia mengajak kamu kepada kebenaran. Kamu yang bergantungan kepada berhala-berhala mati ini adalah sesat. Jika kamu tidak mengimani Muhammad dan membenarkannya nescaya kamu akan kekal tinggal di neraka Jahanam. Berimanlah kamu kepadanya. Dialah nabi Allah dan sebaik-baik makhluk Allah.
Orang-orang musyrik meradang. Abu Jahal menerjang Hubbal dengan marah. Patung berhala yang tidak berdaya ini ia terpelanting jatuh berkeping-keping. Rasulullah s.a.w tenang meninggalkan pertemuan itu .Kepada jin yang mukmin itu Rasulullah s.a.w berkenan untuk memberi nama baru kepadanya iaitu Abdullah bin Abhar.

Thursday, July 1, 2010

Pening Kepala ... Dalam masalah..

Assalamualaikum,

Zul pening kepala la, macam-macam tak siap example:-
a) Folio geografi tak siap lagi
b) Masalah pameran ...


Ape nak jadi la. Folio geo tak siap dah la tajok nye susah ( amalan kitar semula )
masalah zul sekarang ni , zul tak paham macam mana nak huraikan . ape maksud yang dia nak .. n ape motif nye ... zul tak paham satu pon ... dah la cikgu zul nak hari isnin ni ..... OH MY GOD.. HELP ME PLEZZZ!!!! folio zul yang sejarah dah siap ... sejarah senang je.. Tajuknye : ( perayaan di malaysia) easy just copy n paste je . kalo yang geo plak .. aduh nak kena huraikan pasal Taman sendiri ..WHAT DA FISH ..... HUH ..
macam - macam la yang diowang nak ni .. kalo tak buat diaowang potong mark for PMR.... OHHHHH.... huhu..... problem ....

masalah pameran plak nak nak kena siapkan pasal teknik n vokasional .... huhu..
nak nangis zul ni .. kalo pikir kan baliik ...


okey la ..
zulhelmy ..

Wednesday, June 30, 2010

aduh...... demam ape plak ni .... sakit nye badan ..

assalamualaikum ..
pagi td zul pegi sekolah pukul 7.00 then masa kat sekolah tu zul ada masalh sikit ngan pameran ape tah tu ...... yang kena wat sempena dengan minggu teknik n vokasional ( owang penting la nieh) hehe ... masalah nye sekarang ni zul tak boleh nak buat pameran tu tanpa sebarang maklumat yang sahih .. dah macam macam laman web dah zul cari tapi still x jumpa ...... (tolong bg laman web kat zul yang boleh dicari maklumat diatas) n zul rasa sangat beserabut tadi .. hermmm .... ape tah yang orang bawahan zul buat kat ketas keje zul .. diowang p conteng plak ... yang sorang lagi tu tak datang .. hermmm . sakit ati zul.... and then after 11.25 zul blik umah ... sampai umah zul siap mandi n makan lung sorang sorang .. maklum la my mum n my pa tak blik dari keja lagi ... so makan la sorang sorang ... leps makan zul bace buku kat study room zul .... then zul tertido disitu dari pukul 1 hingga lah ke pukul 4 .... lame tu ....bngkit je zul terus bertungkus lumus nak kena sembhyang zohor plak ... terlewat bukan nye sengaja nak melambatkan sembahyang tu .... lepas mik air sembhyang zul rasa macam nak demam.. sakit badan zul ... tu demam ape hah ...... agaknya zul ni tak boleh tido siang kot ...
n talk about my mum ..... zul berapa nak baik lagi dengan my mum .. masih macam tu .. dah macam macam cara .... so sekarang ni zul dalam keadaan demam .....
okey ,,,
sincerely,
muhamad zulhelmy bin hj azmi

Sunday, June 27, 2010

KEsalahan Apakah yang aku TelaH Lakukan???

Assalamualaikum,
Hari ni zul nak tulis tentang diri zul .. nak perbaiki la ni .... Zul nak Tnya kepada semua yang bace kisah ni la kan!! apakah yang akan dilakukan apabila ibu kita sendiri tidak melayan kita/ tidak bercakap dengan kita???

kat sini zul nak kongsikan sikit masalah zul dengan semua pembaca blog ni ...Dalm 3 minggu yang lepas zul balik ke rumah dari sekolah tak silap zul dalam pukul 2.00 petang macam tu la .. maklum lah benda ni jadi sebelum cuti ... kalo dah kata sebelum cuti mesti la ada peperiksaan kan .. mid year exam right ...

So lepas balik dari sekolah zul just relax kejap kan dengan ibu zul kat ruang tamu kedua kat umah zul ... then zul cakap kat ibu " ibu periksa kali ni AGAK susah ,,... then zul amik zul amik tuala kat dalam bilik zul, zul terus mandi...

lepas zul siap mandi zul kuar dari pintu bilik air terus ibu zul cakap " ko ni md. zulhelmy memang tak menyenangkan idup aku " dengan tidak semena mena zul tercengang disitu dengan ayat ayat ibu zul yang baru sahaja dilontorkan ke muka zul.

selalu nya zul menjawab kalo macam tu ... tapi kali ni zul diam tak menjawab sampai la ke ari ni .... zul tertanya dalam diri zul apekah salah zul.. sampai ibu jadi macam tu .... zul pun rungsing memikirkannya ....

selepas sehari kejadian tu, ibu zul cakap sekali lagi " ko basuh baju ko sendiri , ko nak makan ape ko makan la ... aku malas nak layan ko lagi ....' lepas tu dia cakp la ' ko jangan buat aku menyampah sampai aku benci ko ." zul memang rasa bersalah ... tapi zul tidak menjawab ape yang diatakan oleh ibu zul tu ......

so bermula dari start cuti n sampai la ke hari ni, apabila zul nak basoh baju zul basoh sendiri sidai baju pon sendiri. n zul rasa sunyi sangat.. kalo macam hari sekolah zul makan kat luar coz kalo zul makan kat umah ibu dia masak makanan yang dia suka makan n yang zul tak suka makan ...... zul try masok mulut guarentee muntah ...

so SUNYI LA HIDUP KU TANPA NYA ....
tolong lah zul .. macam mana nak buat kalo dalam keadaan macam ni ....
sincerely ,
muhamad zulhelmy bin hj azmi...

Friday, June 11, 2010

happy birthday ...AMar..






assalamualaikum,
Hari ni my pa n my ma sambut Birthday Amar cucu diowang kat umah .. bukan buat besar besar pon .. just panggil kenalan je .... selalu nye buat besar2. Kali ni buat kecil kecil je... coz my ma x larat dia masak sorang sorang je .. Menu birthday party kali ni ialah mee soto/ nasi Impet dessert nye kek yang dibuat sendiri / karipap/ puding n macam macam lagi ... semua nye di masak sendiri .... heheh....

start party pukul 3 petang macam tu la agaknye .. masa yang paling best sekali ari ni masa amar dapat hadiah n masa di potong kek . dia dapat adiah dari my cousin that meen mak long(belah mak i dari johor) dia la .. kalo dia nak paggil la... masa dia dpat hadiah tu dia punye seronok la .. hremmm ( tak terkata) adik dia yang lahir tahun bile pon dapat gak ... unfair aku x dapat pon ... hik hik hik.. lepas dia dapat je dia terus nak bukak then terus dia nak buka kotak tu .. pastu mak dia cakp tunngu dulu nak buat video .. masa dia bukak tu adik dia menyampok "abng macam kotak tisu je" hahha.... hahahahaha... aku punya pecah perot gelak .. semua gelak ..... haha....then lepas tu malu la mak long tu muka dia pon dah merah padam ... herrmmmm ... cian nasib baik mak long .. kalo orang lain mahu la di maki tu ... HHAHAAHHAHAHA.... hik .....

okey..
sincerely,
zulhelmy .....

jangn uper tingal comment ...
ARI NI ADA GMBAR COZ BARU PAS TANGKAP NI ....

Wednesday, June 9, 2010

SekalI lgi pening Kepala..

Assalamualaikum,
Hari ini sekali lagi kakak aku buat gile ngan aku ...... coz dia boleh ajak gi Tupah tu lagi , so aku pon jadi badaq Air la 3 hari ni .. Tapi hari ni pegi lagi lame la dari kul 3.00 petang until 9 malam .. pegi bukan buat ape pon .. just buat BBQ n kutip batu kat dasar Air tu ,.. then tido jap kat tepi Air Terjun tu ....

Lame gilerrr aku pegi kali ni .. sampai owang semua balik la.... tapi kiteowang je x blik lagi sebb nak kutip batu punye pasal .... tapi ada jugak la yng tak blik lagi yang mana couple yang giler tu adala.. kat situ ,.. aku pon pening tengk diowang.. tau tau je la kan buat keje tak senonoh kat situ ,,,.. ...

Masa buat BBQ tu, ramai yang berkumpul kat kami sekuarga ... ada budak tu dia boleh minta kat kakak aku ayam .. lebih lebih plak .... kecian plak tengk dia .. tapi tak sempat nak bg bapa dia panggil dia .. haha... (betul ka tak sempat nak bg tu) hehhe... memang sedap la BBQ dimakan tepi air terjun yang sejok tu .. hehhe...

Lepas abis mencekik BBQ tu, kami sekuarga perhi la kutip batu kat dalam air tu start kul 7 petang tu .... punye kutip kutip .. anak sedare aku menjerit . bapa dia dah kecot perot dah . ingat kan ape tengk tengk dia jumpe katak ape tah .. boleh kate besaq jugak la.... aku pon geli ...biasa la tempat katak tu kan ... berair tu .. then pastu sampai kul 9 mlam kutip batu tu kami pon balik ke rumah kakak aku dekat BPJ ...

sampai kat umah dia ingat kan nak buat ape la batu batu tu .... just nak susun kat depan umah je pon .. macam nak giler aku kutip just nak letak kat landskap umah dia ...boleh tahan gak umah dia .. besar gak .. hehe.... nasib baik landskap tu cantik kalo tak aku lah yang akan beleter coz dah penat aku kutip just nak letak kat situ .. hee... lepas kul 9 macam tu ,, kami semua pulang ke rumah ayah aku .. kat TAman Ria..

okey lah ... aku sampai kat sini saje ... nak kena kemas umah plak ... umah ngah berselerak ni ... hehe... okey bye..

JANGAN UPE TINGGLA COMMENT..
SORRY LA MALAS NAK UPLOAD GMBAR .... HEHEH..
(0_0)

DiAry Ku Hari ini......

Assalamualaikum,
Hari ni, macam macam tempat aku pergi. Contohnye, Tupah , Penang , Makan KFC, Tesco, Quennsbay , Gurney, Bukit Bendera... First sekali, aku nak cerita kat korang masa kau pergi tupah tadi , aku macam takot jugak la .. coz macam2 cerita owang cerita kat aku then aku mulakan dengan bace bismillah ... nasib baik okey je tak de pape yang berlaku ... (tak payah tanye la pe yang jadi masa owng lain pegi). just pergi relax with my pa my ma , my sis , my nephew je... Lama gak la pegi mandi sampai penat aku dibuatnye...


then pergi plak penang ... perhi penang pon satu hal gak .. mula mula nak pergi jem jap kat atas jambatan penang tu (penang brige) tu la.. well pergi masa owang balik keje .. office hour la... sampai sana destination yang pertama ialah queensbay coz dia dekat ngan brige tu kan .... masok je quennsbay aku pergi jalan kat Jusco dulu .. just window shopping je .. kakak aku je yang joli kalo boleh kan ..kalo boleh satu queensbay dia nak beli .. hremm .... pening ...ynag jadi mangsa aku la.. nk kena angkat barang barang tu .... then pas tu pergi makan KFC jap kat second floor queensbay ... waktu pergi kat situ aku la owang paling malu sekali coz anak sedare aku buat hal .. dia boleh menjerit kat dlam tu .. tak tau la ape yang dia seronok sngat .. hremmm .. sakit je hati aku .... dimalukan dikhalayak ramai..

pastu pergi la bukit bendera, masa kat situ sampai sampai je ...... bukit bendera tutp atas alsan nak buat renovation agaknye .... yang mak aku dah mula bising .. dia cakp tah pape duit minyak aku habis la .... aku diam je la.. coz penat snagt jalan kan .... kalo tidak aku la jadi owng yang kuat membangkang dalm kete tu .. heheh..biasala tengk mulut lah .. heheh..

then arround kul 11 malam ... kami semua bertolak balik ke sp .... semua tak larat so semua tido kecuali bapa aku sebab dia kan pemandu ..hehehhe.... nasib badan la....

okey la... smpai kat sini je .. aku pon dah tak larat dah ... nak tido je ,.. sekarang pon dah pukul 1.30 pg .. hremmm.... penat ... bye .. cau dulu .. k byue ....
bagai pungguk rindukan bulan,
tiada celahan,
tiada izin laluan .
jangan upe tinggal kan comment .... ;0.. bye ...

Tuesday, June 8, 2010

yeye .. nak pegi tupah .....

nak pegi swim n nak pegi penang lepas ni .. yeye;.. tak sabar aku nak pegi tupah nk swim nak pegi penang nak shoping ... besttt nye .... aku nak jalan puas puas kat sana ...... yeyey... sape sape nak pegi //// dah tak de bende dah aku nak tulis .... hehehe

Monday, June 7, 2010

PeTang Ni naaK P SwImmmmmm ... !!!!!

assalamualaikum..\

Petang jap lg aku nak p swimm kat swiss in nak p waktu pagi tak boleh , coz my friend wafiy nak pegi medical check up kat hospital Sultan abdul Halim ... then after dia balik mesin basoh dia plak buat hal .. so kesimpulan nye .... dia ajak aku p swimm petan ni .. maklum la anak dugong nak berenang kat kolam mewah ... hahahhha.... aku pon bukan selalu nak p swim . so p je la ... minta minta tak ujan kan .. maklum lah kat sp sekarang ni selalu sangat ujan .. aku pon tak tau la kenpa.. kalo kata musim ujan mesti mendung je ,. tapi tak plak mendung mendung.. tau tau terus ujan . hehhe.... kadang kadang mendung tapi tak selalu ..... so pettang ni doa doa kan tak ujan kan ... hrmemmmm...... bye .. nak cau sudah ..... heeheh

Thursday, June 3, 2010

Murid MaUt TelAN Gam Yang DisangKa (Jeli)


Amat tekejut tadi bace (news paper) hari ni .... 3 June 2010..Iaitu Budak berumur 9 tahun Maut akibat tertelan gam yang disangka (jeli).

ALOR SETAR:
Akibat gurauan terlampau rakan sekelasnya, seorang pelajar perempuan Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu di sini, menemui ajal dipercayai akibat tertelan gam jenis gel dalam kelasnya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa Nor Awatif Azzalayla, 9, yang menghidap penyakit asma sesak nafas selepas mengunyah gam berkenaan yang disangka jeli.
Difahamkan, mangsa diberikan gam yang disangkanya jeli itu oleh rakannya dan dia terus memasukkan gam gel berkenaan ke dalam mulutnya sebelum pengsan di dalam kelas.
Guru sekolah itu yang diberitahu mengenai kejadian terbabit bergegas menghantar mangsa ke sebuah klinik berhampiran di Simpang Kuala di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di klinik berkenaan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.
Seorang ahli keluarga terdekat mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa bergurau dengan rakan sekelasnya sebelum dia tertelan gam gel berkenaan.
Saya diberitahu rakan sekelas anak saudara saya, arwah dipercayai menelan gam gel yang diberikan rakannya kerana menyangka gam itu jeli dan terus memakannya. Anak saudara saya tidak mengetahui rakannya mahu bergurau. Saya diberitahu selepas itu pihak sekolah menghantarnya ke kilinik di Simpang Kuala sebelum kes itu dirujuk ke HSB kerana mangsa sudah meninggal dunia, katanya yang ditemui di rumahnya di Alor Mengkudu di sini, semalam.
Beberapa rakan sekelas mangsa ketika ditemui di rumahnya memberitahu mangsa menelan gam gel yang diberikan seorang rakan mereka beberapa minit sebelum sesi pagi persekolahan berakhir. Beliau berkata, mangsa anak bongsu daripada tiga beradik menghidap penyakit asma.
Ibu mangsa yang ditemui di pekarangan Unit Forensik HSB enggan ditemubual kerana terlalu sedih, manakala bapa tiri mangsa yang juga Penolong Pegawai Daerah Baling juga enggan ditemubual.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, namun memberitahu laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dalam selaput otak.
Mangsa turut menghidap asma dan hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan dalam selaput otak.

kepada adik adik yang gune gam jenis macam ni... nasihat jangan la buat benda macam ni .. MERBAHAYA!!!!...
Jangan Sangka Benda yang Kecil tidak Boleh Membawa Maut ...

Wednesday, June 2, 2010

PetaNg PetaNg BeGini...



assalamualaikum,
kan best kalo petang petang macam ni dapat makan cucur udang or cucur pisang kan sedap .. geram nye aku .... aku rasa lapor la plak .. coz dua tiga hari ni mak aku x berapa nak masak sangt . agaknya mungkin kepenatan kan ... tak boleh salah kan dia kan ... so untuk menyenangkan hati dia aku just diam n senyum .. just nak jaga ati mak... hahah ( betul kah) sedapnya kalo dapat makan kan ... hrem... diet la .. kejap ye....

nak abis pekse dah .. ye .. Esok Las. laH..






nak abis EX dah .. esok aibis ye ..... tak payah lg dah .. lg pon nak cuti kan minggu depan .. tak sabar aku ..aku nak p penang coz ada lawatan sekolah .. nak p queensbay pusat membeli belah terbesar asia tenggara .... yeye suke nye bile dia ceria .. haha..... tak SABAQ AKU >>>>!! la.. ih .. sonok nye ..

Tuesday, June 1, 2010

Diserang ..... ape nak jadi ni..... zaman zaman Akhir ...


ish .. bertaubat la semua .. mohon keampunan ..... kepadaNya...Mohon la Keberkatan DariNya... pertanda Zaman zaman akhir ,....

ape nak jadi ngan bumi gaza sekarang ni.. ish ...


Memperingati genap setahun serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Genting Gaza – airmata kesedihan dan kepiluan

Sebagai memperingati serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Genting Gaza, bunyi siren memecah suasana hening di segenap penjuru Kota pada 27 Desember 2009.Tentera rejim Zionis Israel menyerang serta menceroboh semenanjung Gaza dengan melakukan pelbagai kekejaman terhadap penduduk awam serta kemusnahan seluruh infrastruktur di sana.

Apakah masyarakat Dunia mahu melupakan terus rintihan serta tangisan yang memilukan penduduk Gaza ini? Pencerobohan yang dilakukan oleh tentera Zionis ke atas bumi suci ini telah genap setahun tanpa sebarang perikemanusiaan. Mereka menggunakan segala kelengkapan kereta kebal serta helicopter Apache buatan Amerika serta jet-jet pejuang bagi membunuh penduduk awam di Gaza. Malah tindakan ganas tentera Zionis telah melanggar segala batasan undang-undang antarabangsa, hak asasi kemanusiaan serta melakukan suatu jenayah perang yang besar.

Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah sebahagian besar dari masyarakat umat Islam sendiri yang tidak peka untuk berbicara tentang masalah yang sedang berlaku di bumi Palestin ini. Tambahan pula sehingga kini boleh dikatakan semua badan-badan antarabangsa seperti Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), serta Pertubuhan Sidang Negara-Negara Islam (OIC) kesemuanya membisu seribu bahasa terhadap jenayah perang yang telah dilakukan oleh tentera rejim Zionis ini.


Namun setelah setahun tercetusnya perang selama 22 hari antara pergerakan Hamas dengan tentera rejim Zionis, suasana di bumi Gaza terus berada di dalam keadaan yang menyedihkan. Tentera Zionis Israel dengan sokongan kuasa besar Amerika Syarikat kini terus melakukan kepungan di bumi yang berpenduduk 1.4 juta orang itu bagaikan penjara terbesar dunia tanpa sebarang perikemanusiaan.

Mereka terus menyekat laluan udara, laluan laut serta darat dan memutuskan bekalan letrik dan air serta menghalang sebarang bentuk bantuan makanan dan perubatan dari sampai kepada penduduk di Gaza. Begitu juga sehingga kini mereka juga terus memenjarakan ramai pimpinan kerajaan HAMAS, anggota Parlimen serta gabenur dan ketua wilayah.

Malah terkini atas tekanan kepada kerajaan Mesir rejim Zionis ini telah menghalang suatu konvoi ‘Viva Palestina Convoy 3’ yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign bagi membawa masuk bahan perubatan dan makanan dari sampai kepada penduduk awam Gaza. Deligasi sukarelawan dari pelbagai negara ini diterajui oleh ahli Parlimen Britain, George Galloway dan telah berjaya mengumpulkan lebih dari 240 ambulan dan kenderaan pelbagai jenis untuk menghantar bantuan ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan harian kepada rakyat awam Gaza.

Pada awalnya ramai kalangan masyarakat dunia melihat suatu harapan baru dengan perlantikan Presiden Barrack Hussien Obama sebagi Presiden Amerika Syarikat, namun slogan ’Perubahan’ berteraskan keamanan dan perpaduan. Namun sehingga kini keamanan yang diimpikan di Gaza dan Palestin hanya tinggal mimpi. Dalam waktu yang sama rejim Zionis terus merampas harta dan rumah-rumah penduduk Palestin. Malah mereka terus membina tembuk-tembuk pemisah di tengah-tengah bumi Palestin tanpa mempedulikan bantahan masyarakat antarabangsa dan menjadikan lebih 1.5 juta penduduk Gaza di layan seperti binatang. Apakakah ’perdamaian’ begini yang Obama dan Barat mahukan? Mereka bercakap soal solusi 2 negara sedangkan di waktu yang sama di Tebing Barat tanah-tanah penduduk Palestin terus di rampas dan di jajah secara rakus ..
petikan blog DR SYED AZMAN..
SEKIAN >>>>

studi ...

assalamualaikum , semua...

sekarang musim pekse .. tak sabar nak tuggu abis pekse ... minggu depa abis pekse dah .. so time to rest minggu depan ... aku dah penat peggang buku dalm 3 minggu ni.. hrmmm... sakit ati aku tengk owang kuar tengk wayang ... so cuti ni . aku nak abis kan bnyak duit nak p shoping n tengk wayang .. but kawan kawan tak de nak teman .. sorang blik ipoh . sorang lg p kl..... sorang lg nak p japan naik cruise.... tak takot karam ke la hai .... aku je duk kat kedah ni ... pusing je kedah, asyik pusing je kedah .. asal kedah je pusing .. geram aku .... anybody nak voluntier p shoping ngan aku .. bayaran makan semua aku support ye...... hahha.... tapi kalo nak beli baju gune duit sendiri tengk je bos nak beli bju k... n shoping makan je okey .. remmember.... belum abis pekse lg angan angan dah tinggi dah macam nak tecapai la sangt .. nak p tu .. nanti bile nak kuar je ada la perkataan yang akan kuar ..(Md zulhelmi , ko nak ke mana hah.... ) then aku cakp ( nak kuar jap ) nanti dia ckap( hah ko memang pantang nampak duit sikit semua nak kuar ..) abis la ,,, kaco je...... k lah smapi kat sini coz nak studi jugak .....bye

Wednesday, May 26, 2010

musim la musim

aduh ......... (mula mula dah mengeluh)....sekarang ni macam macam musim ada musim demam musim pekse macam mcam kan.. naik pening pala aku.. sekarang dua minggu aku kena pekse so borink.. tapi di sebabkan form3 tu yang aku jawab macam orang giler tu.. pulonnnnnnn.... cayok....

Sunday, May 9, 2010

selamat Hari ibu...

ni gmbar akuh ngan mak aku ... So Selamt HarY ieeeeeBUUuu...kepada semua ibu yang masih ada lagi.. n paling utama kat mak akuh la... kat sapa lagi.... tapi aku sedih la .... berapa hari ni maka akuh asyik marah marah je.. sampai la ke hari ini... akuh sedih sangat akuh takut tak dapat nak ucapkan selamat hari ibu kat dia .. coz dia tak henti henti beleter je.. nak panas dah tinge ni.... so macam mana akuh nak wat hah.. minta minta dia diam la sejam dua kan .. minta minta... lah .. SelaMat Hari Ibu..

Saturday, May 8, 2010


assalamualaikum..
penat al aku..
cuti-cuti pon kena beleter lagi .. akuh dah tak larat sangat......
penat seghhhh... macam mana nak realease tensyen ha.. aku dah penat sangat ..
esok kat sp dah start sekolah .minta minta semangat nak p sekolah tu ada lah...
cuti dua hari duk umah kena beleter tapi okey la ... coz dia tak berpaa nak mengungkit sangat ... dah lor hari ini hari ibu sedunia... aku tak sempat nak wish lah.. macam mana nak wish hah... kal dia asyik beleter je.. tak da masa nak cakap kalo aku cakpa kang dia cakap aku melawan .. so mulut kena diam je... tu yang tak de semangat sanagt tu.. esok nak p sekolah .. baju akuh dah siap seluar pon dah siap digosok... tapi satu benda ja yang aku mals .... ermmm tak payah bagitau la.. akuh nak tanye kkat korang kan macam mana nak realease tensyen dengn tenang hah.. aku bace kat internet ada yang cakap . makan banyak banyak,. ada yang cakap kena tido.. ada yang cakap pegi melancong( ada ka cuti dua hari aku nak pegi melancong) tak logik.... nampak sangat menipu .. so macam mana.. hah....... bye.. sampai di sini saja ..

Friday, April 9, 2010

aduh sekarang kat hospital

hari n dari pagi lagi aku duk kat sini... aku tunggu wan aku nasib baik ada wifi cos brodband tinggal kat umah tok.. then sekarang nie.. aku ada kat hospital. korang nak tahu tak kecian wan aku.. dia ada penyakit paru2 . korang tau la kan kalo dah kata smoker mesti ada punya kat paruparu nie. then kalo dah ada paru of coz dia akan kena kat jantung.. td ramai jugak la yang datang tengk wan den. tadi my wan riau ingatkan mak tok aku . tapi sekarang dia dah okey.. coz my pa dah bawak mak tok aku.. ko rang sume tak blik jenguk ke .. your grand pa.. huhuhuhu.

Wednesday, April 7, 2010

aduh .. Tensyen..

hari ini dan semalam aku amat duka cita sanagt coz pak n mak aku selalo (no) beleter dekat aku.. aku gak kan dia marah aku sanagt tiap-tiap ari asyik bukak laptop je kot.. tapi kan aku bukak pon ada sebab coz aku nak buat folio.. tapi diaowang tak paham tau tak.. diaowang inagt aku bukak laptop asyik nak on9 je.aku tensyen betul la... tolong la sape sape bg advice kat aku .. please

Monday, January 25, 2010

hri Ini AKu Kena Duk kaT Pss LAme...

HAri ini Boleh tahN gAK PENAT... tahun nie aku nak PMR so .. aku kena study hard..... aku kena bnyk bace buku .... maklumlah agama tak penah dapt 'a' dalam pepriksaan ...... bagi sapa-sapa yang nak bagi advice minta minta tolong la .. yep .... yang lain dah ok tapi ada satu je lagi iaitu geo.. aduh selalu dapat pelik pelik ........... aku tak paham la formula yang cigu bagi .... tolong lahh ...lepas je pmr aku nak jadi gler jap .. doa2 la cek dapat ape yang cek nak ..... bye sampai disini saja wabillah ....