WHERE ARE YOU?

Friday, November 29, 2013

Second Sems's is here!!!



sexond semester schedule.. Let's take a deep breath n hold it for 5 second.. n exhale it!!! hmm....

Friday, October 4, 2013

FINAL PROJECT :)

Assalamualaikum,
Apa cerita semua? hm, lama benar tak bersua dekat blog ni.. maklumlah , banyak kerja , banyak tanggungan sekarang ni!! ni pon curi curi masa nk berblog ni~ dua tiga pat bulan ni, memang banyak kenangan manis dan pahit.. kenangan manisnya memang sukar nk bercerita , *serious bnyak gila benda manis jadi kat teman waaaa cakap lu*.. but it's ok.. dua bulan yang lalu, perasaan sukar nk terima apabila seorang ahli daripada keluarga ku telah pergi meninggalkan kami semua untuk selamanya.. Beliau memang seorang yang cekal dan tabah mengharungi segala cabaran.. Orangnya, baik sangt.. Beliau , tidak pernah lupa menasihati aku, kalo aku ada dalam kesusahan.. Beliau merupaka ibu saudaraku, yang rapat.. semoga beliau ditempatkan dengan orang orang beriman~ AMIN.. (al-fatihah) , seterusnya, datuk ku (wan) pergi meninggalkan kmi semua beberapa minggu yang lepas.. (al fatihah).

back to my story.. hmm... ni la, final project yang dalam progress ni..

punya la , bnyak jalan kerja... ni yang jadi... nni mid term project..



ok... that's all from me.. thanks!
zul

Saturday, June 8, 2013

ketingalan atau ditinggalkan

Assalamualaikum ,

sekadar mendengar apa orang kata, tidak mungkin dapat mengubah takdir yang ditentukan oleh-Nya. Aku percaya, takdir seseorang
yang bergelar hamba-Nya sudah tertulis sejak azali lagi.. tidak diragui lagi.. Menjadi satu kebiasaan bagi manusia pada hari ini,
yang pandai akan berada diatas manakala yang cetek ilmunya akan berada dibawah. seperti pepatah orang melayu hidup ibarat roda.
Inilah roda kehidupanku.

Tanggal 8 jun 2013,

Aku dapat merasai roda hidupku berubah, rakan baik a.k.a sahabat bawak kemati.. meninggalkan aku untuk berjihad untuk masa hadapan
beliau. Seorang diri aku disini.. Tanpa berkata kata, aku hela nafas hiba, untuk melepaskan seseorang yang rapat dan memahami
diriku, ternyata bukan mudah.. tetapi aku relakan.. biar apa orang kata, "rakan tak bawa kemana~" - bagi aku, beliau telah banyak
memberi aku suntikan hidup yang bermoral bagi aku. beliau menasihati aku dikala aku melakukan perkara yang buruk.. Beliau
menegur aku dikala aku melakukan perkara salah..

Tidak akan aku lupakan kenangan manis dan pahit yang aku telah lalui bersama.. Pepatah melayu ada mengatakan, kawan biar beribu
kekasih biar satu. Bagi aku, pepatah ni silap. ia , memang kekasih biar satu, tetapi dalam masa yang sama~ adakah kekasih itu memahami kita? belum tentu rasanya.. jadi bagi aku, rakan ialah segala galanya, Alhamdullilah, rakan yang baik sentiasa membimbing kita.

pengalaman berkawan yang penuh fantasi dan imaginasi ini, amat berharga untuk dikongsikan bersama. namun, pengalaman aku berkawan dengan rakan yang sama selama hampir 13 tahun , mematangkan aku.. Sahabat itu secara fitrahnya, manusia perlukan sahabat. Tak kiralah sama ada sahabat sebagai isteri mahupun kawan sebagai seorang sahabat. Manusia diciptakan tidak sempurna kerana kesempurnaan hanya milik Allah SWT.Oleh itu, kita memerlukan sahabat sebagai pelengkap kepada kelemahan kita. Penguat saat kita lemah. Menghulurkan tangan saat kita jatuh. Penghibur saat kita berduka.


insyaAllah, jika umurku panjang , kita akan bertemu kembali..

Sekian~

Thursday, June 6, 2013

Dugaan 18 tahun~

Assalamualaikum ,

hmm, dugaan demi dugaan perlu aku tempuh.. lepas satu, satu, aku tempuh~ betul ke ?orang ckp "PENGALAMAN MEMATANGKAN KITA", bagi aku, PENGALAMAN yang cukup PAHIT ni memang sakit.. tapi mampukah aku bangkit semula meneruskan perjalanan yang penuh liku ni??

Perkara Lepas memang lepas! tapi, perkara lepas tulah yang selalu menghantui aku~ kenapa aku! KENAPA AKU!!! panggilan pertama masuk ke Matrikulasi memang cukup perit bagi aku...aku tidak terpilih.... dugaan pertama yang memang sukar aku terima.. dugaan kedua, panggilan ke IPTA/politeknik, sayang seribu kali sayang~ seperti melukut ditepi gantang~ menunggu dan terus menunggu .. hampir putus asa , tetapi dengan nasihat kedua ibubapa dan kawan kawan. aku terus bangun berdiri meneruskan simpang siur kehidupan ini..

Senang mulut orang kata, "RELAX LA, BARU UNIVERSITI BELUM KERJA LAGI" , senang memang senang!! senang diluahkan , tapi hati yang merasa.. YA ALLAH!!! senang jugak mulut manusia berkata "NANTI DAPAT LA JUGAK".. ceritanya , ini dah panggilan kedua??? okey , i repeat KEDUA.. masih tak dapat~~~ macam mana ni!!

Form 6??? menghantui hidup aku~~ bukan memperlekan F6, tapi hidup sebagai pelajar yang perlu mengikut peraturan harian seperti f5 dan f4 tidak mematangkan aku.. orang kata, JAUH PERJALANAN LUAS PERMANDANGAN.. tapi, rezeki dah tertulis sejak azali lagi.. Mungkin nama aku sudah tertulis untuk belajar di tingkatan 6(aliran sains).. insyaAllah , aku pegang dengan kata kata-Nya ;

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)


Ayat ni lah , telah banyak memulihkan aku daripada terus mundur ditelan masa.. Peluang aku , cuma ada satu lagi .. IPTA / politeknik .. InsyaAllah, jika inilah dugaanMU , aku terima dengan tangan yang terbuka..

Amin,

Assalamualaikum..

Friday, May 17, 2013

SABAR Zul

Assalamualaikum ,

Air mata yang terburai dipipi diseka perlahan.. Esakkannya , masih kuat didengari.. Itulah , yang dapat aku ceritakan kepada pembaca ceritaku.. 17.05.2013 , merupakan hari ataupun detik yang dinanti-nantikan oleh rakan rakan sebaya ku. Tepat jam 12, keputusan hidup seorang remaja dikeluarkan.. Aku mencapai telefon bimbitku , lalu aku mendail nombor rakan ku.. sesekali, nada suaraku serak. Mengucapkan Tahniah kepada beliau. Dengan perasaan yang cukup sayu aku mematikan perbualan kami.. Aku seolah-olah menafikan apa yang disampaikan oleh beliau. Namun itulah , realiti hidupku..

Tanpa aku sedari, mata ku yang berkaca sudah pecah membasahi pipiku.. Mata ibuku, membutang.. Nada suara ibuku , terus mengalihkan pandangan mataku , lalu aku terus mengesat air mata yang entah bila tumpah ke pipi ku.
"kenapa" soalan ibuku..
sekadar gelengan kepala jawapanku..

SATU persatu aku jelaskan kepada beliau.. Sebak dihatiku siapa yang tahu...



Friday, February 15, 2013

Pancaroba kehidupan ~~

Assalamualaikum ,

Lahirlah seorang insan didunia pada tanggal 28 March 1995, terdengarlah tangisan seorang bayi persis seakan-akan suara ibunya. Pada pagi yang hening itu, bapa bayi tersebut bergegas ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu untuk mengAzankan telinga bayi yang baru dilahirkan itu. Setelah Azan berkumandang di telinga bayi tersebut , namanya masih dicari-cari.. Setelah kakaknya pulang dari Sekolah di Singapura, kakaknya bertanya : "siapakah, nama adikku ini". Ibubapa ku terdiam menyepi.. Sekali terluah dari bibir seorang insan yang berhati mulia iaitu kakak ku, beliau menyebut "Muhamad Zulhelmy". Bapaku terus bergegas ke kaunter dihadapan bilik sakit ibuku. Pada detik itulah , aku diberi nama Muhamad Zulhelmy Bin Azmi.

Pada petang yang sugul itu , Bapaku menerima panggilan dari pusat kawalannya. Beliau terpaksa bergegas pulang ke Singapura meninggalkan seoarang bayi yang ditemani oleh ibunya di Hospital untuk berbakti demi negara tercinta. Dengan pangkat yang ada, beliau berusaha untuk mencari rezeki demi keluarga tercinta. Ibuku seorang yang tabah, sembilan bulan sepuluh hari beliau bersabar demi insan yang tercinta. Beliau terpaksa meringkuk di dalam hospital selama sembilan bulan kerana inginkan seorang cahaya mata yang bernama Muhamad Zulhelmy. Walaupun banyak peristiwa pahit dan manis berlaku semasa beliau dihospital , semuanya kerana aku. Namun, Adakah, aku derhaka kepadanya Adakah, aku telah memuaskan hatinya sebagai seorang anak . Persoalan ini berlegar dikepalaku. Bagaimanakah, aku ingin menjadi anak yang soleh sedangkan pada hari ini , aku masih menderhaka kepadanya.

Friday, January 18, 2013

Busy, with burger stall.. CAN"T BELIEVE IT

Assalamualaikum,

Salam 1 Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.. Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera... wahh puitis pulak mulut ni haha.. so , What's up? long time no see. .. Zul ada news baru ni.. aisehh!!

Korang percaya x kalo zul kata , zul bukak kedai BURGER.. yaaaa burger.. HAHAH.. Alhamdullilah laris sangat.. masuk 18-01-13 ni dah 5 hari zul bukak kedai.. HAHA.. well, zul share ngan kawan zul , so untung devided to 2.. So masyuk la.. Kiteorang buat SOS sendiri.. Senarai Sos , perlu# haha.
1. sos BBQ
2. sos cendawan
3. sos black papper
4. sos coney dog (chef recomendation) hahha.


wahh, siap flyer lg. hahha. PROMOTE dalam ni pulak... HAHA. so , kiteorang ade jugak serve coney dog detroit style.. benda alah ni pisang goreng larisnya..

so, cukuplah sampai disini.. picture will be upload soon..

zul , xoxo

Thursday, January 3, 2013

Traumatic + Paranoid

Assalamualaikum , Apa khabar reader(s) , sihat?? Alhamdullilah zul dalam keadaan sihat dan semakin sihat.. cuma dalam beberapa minit ni , hati zul agak gelisah dengan satu benda sebb tu yang tulis blog ni hahha!! Zul nk share sikit pasal TRAUMATIC + paranoid zul ni.. hmm~~
sorry about the WORD** well , semua orang ada benda yang ditakuti atau digelii.. hahahha.. so tak kesah la, kalo zul nk cite pon kan.. Setengah orang ada yang takut/geli dengan ular , cicak , lipan and etc. Tapi zul , sebenarnya takut dengan ~~~
eiiiii, sebenarnya nk tulis pon x sanggup namanye... actually nk UPLOAD gmbr ni pon dah meremang bulu roma!! eiiii.. stay away from me.. eiii.. Ada la kes tadi , masa nk masuk bilik air, DIA bole terjegat dihadapan pintu tu.. hmm, zul dah start pegang kain tuala dah.. bukan nk buat apa pon, just takut LIp*s tu terbang masuk kain hahahha.. so, zul pon batalkan lah hajat nk membuang air besar tu.. lepas tu ayah ckp , tadi masa ayah tngk 999 , dilaporkan 4 orang mati akibat digigit LIPAS... hahahahha.. zul dah gelak guling guling dah..... nk buat mcm mana dah memang geli dengan benda tu.. okey la, till we meet again.. xoxo zul..

Wednesday, January 2, 2013

JOBless statement

Assalamualaikum, Apa khabar reader(s) , diharapakan semua dalam keadaan yang sihat sejahtera.. Zul , masih tak dapat keja... ARggghhhh!!! orang lain sibuk berkerja , zul sorang ja yang masih JOBless.. katenya!!!
I need a Job!! stress seh duduk umah lama-lama... dah mcm mcm borang aku isi tapi satu pon x sangkut... so , whatever kan..!! rezeki dan ketentuannya Allah yang beri.. tapi kita kena usaha... hmmm, so last sekali ambik keja gas station as a cashier.. the salary RM1000++ mintak mintak lekat.... my cousin always remind me that , every single second is money$$$ hmm... in conclusion i need MONEY!!!
COME TO PAPA< COME COME!!!! till we meet again.. xoxo , zul