WHERE ARE YOU?

Friday, February 15, 2013

Pancaroba kehidupan ~~

Assalamualaikum ,

Lahirlah seorang insan didunia pada tanggal 28 March 1995, terdengarlah tangisan seorang bayi persis seakan-akan suara ibunya. Pada pagi yang hening itu, bapa bayi tersebut bergegas ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu untuk mengAzankan telinga bayi yang baru dilahirkan itu. Setelah Azan berkumandang di telinga bayi tersebut , namanya masih dicari-cari.. Setelah kakaknya pulang dari Sekolah di Singapura, kakaknya bertanya : "siapakah, nama adikku ini". Ibubapa ku terdiam menyepi.. Sekali terluah dari bibir seorang insan yang berhati mulia iaitu kakak ku, beliau menyebut "Muhamad Zulhelmy". Bapaku terus bergegas ke kaunter dihadapan bilik sakit ibuku. Pada detik itulah , aku diberi nama Muhamad Zulhelmy Bin Azmi.

Pada petang yang sugul itu , Bapaku menerima panggilan dari pusat kawalannya. Beliau terpaksa bergegas pulang ke Singapura meninggalkan seoarang bayi yang ditemani oleh ibunya di Hospital untuk berbakti demi negara tercinta. Dengan pangkat yang ada, beliau berusaha untuk mencari rezeki demi keluarga tercinta. Ibuku seorang yang tabah, sembilan bulan sepuluh hari beliau bersabar demi insan yang tercinta. Beliau terpaksa meringkuk di dalam hospital selama sembilan bulan kerana inginkan seorang cahaya mata yang bernama Muhamad Zulhelmy. Walaupun banyak peristiwa pahit dan manis berlaku semasa beliau dihospital , semuanya kerana aku. Namun, Adakah, aku derhaka kepadanya Adakah, aku telah memuaskan hatinya sebagai seorang anak . Persoalan ini berlegar dikepalaku. Bagaimanakah, aku ingin menjadi anak yang soleh sedangkan pada hari ini , aku masih menderhaka kepadanya.