WHERE ARE YOU?

Wednesday, June 2, 2010

nak abis pekse dah .. ye .. Esok Las. laH..






nak abis EX dah .. esok aibis ye ..... tak payah lg dah .. lg pon nak cuti kan minggu depan .. tak sabar aku ..aku nak p penang coz ada lawatan sekolah .. nak p queensbay pusat membeli belah terbesar asia tenggara .... yeye suke nye bile dia ceria .. haha..... tak SABAQ AKU >>>>!! la.. ih .. sonok nye ..

Tuesday, June 1, 2010

Diserang ..... ape nak jadi ni..... zaman zaman Akhir ...


ish .. bertaubat la semua .. mohon keampunan ..... kepadaNya...Mohon la Keberkatan DariNya... pertanda Zaman zaman akhir ,....

ape nak jadi ngan bumi gaza sekarang ni.. ish ...


Memperingati genap setahun serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Genting Gaza – airmata kesedihan dan kepiluan

Sebagai memperingati serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Genting Gaza, bunyi siren memecah suasana hening di segenap penjuru Kota pada 27 Desember 2009.Tentera rejim Zionis Israel menyerang serta menceroboh semenanjung Gaza dengan melakukan pelbagai kekejaman terhadap penduduk awam serta kemusnahan seluruh infrastruktur di sana.

Apakah masyarakat Dunia mahu melupakan terus rintihan serta tangisan yang memilukan penduduk Gaza ini? Pencerobohan yang dilakukan oleh tentera Zionis ke atas bumi suci ini telah genap setahun tanpa sebarang perikemanusiaan. Mereka menggunakan segala kelengkapan kereta kebal serta helicopter Apache buatan Amerika serta jet-jet pejuang bagi membunuh penduduk awam di Gaza. Malah tindakan ganas tentera Zionis telah melanggar segala batasan undang-undang antarabangsa, hak asasi kemanusiaan serta melakukan suatu jenayah perang yang besar.

Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah sebahagian besar dari masyarakat umat Islam sendiri yang tidak peka untuk berbicara tentang masalah yang sedang berlaku di bumi Palestin ini. Tambahan pula sehingga kini boleh dikatakan semua badan-badan antarabangsa seperti Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), serta Pertubuhan Sidang Negara-Negara Islam (OIC) kesemuanya membisu seribu bahasa terhadap jenayah perang yang telah dilakukan oleh tentera rejim Zionis ini.


Namun setelah setahun tercetusnya perang selama 22 hari antara pergerakan Hamas dengan tentera rejim Zionis, suasana di bumi Gaza terus berada di dalam keadaan yang menyedihkan. Tentera Zionis Israel dengan sokongan kuasa besar Amerika Syarikat kini terus melakukan kepungan di bumi yang berpenduduk 1.4 juta orang itu bagaikan penjara terbesar dunia tanpa sebarang perikemanusiaan.

Mereka terus menyekat laluan udara, laluan laut serta darat dan memutuskan bekalan letrik dan air serta menghalang sebarang bentuk bantuan makanan dan perubatan dari sampai kepada penduduk di Gaza. Begitu juga sehingga kini mereka juga terus memenjarakan ramai pimpinan kerajaan HAMAS, anggota Parlimen serta gabenur dan ketua wilayah.

Malah terkini atas tekanan kepada kerajaan Mesir rejim Zionis ini telah menghalang suatu konvoi ‘Viva Palestina Convoy 3’ yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign bagi membawa masuk bahan perubatan dan makanan dari sampai kepada penduduk awam Gaza. Deligasi sukarelawan dari pelbagai negara ini diterajui oleh ahli Parlimen Britain, George Galloway dan telah berjaya mengumpulkan lebih dari 240 ambulan dan kenderaan pelbagai jenis untuk menghantar bantuan ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan harian kepada rakyat awam Gaza.

Pada awalnya ramai kalangan masyarakat dunia melihat suatu harapan baru dengan perlantikan Presiden Barrack Hussien Obama sebagi Presiden Amerika Syarikat, namun slogan ’Perubahan’ berteraskan keamanan dan perpaduan. Namun sehingga kini keamanan yang diimpikan di Gaza dan Palestin hanya tinggal mimpi. Dalam waktu yang sama rejim Zionis terus merampas harta dan rumah-rumah penduduk Palestin. Malah mereka terus membina tembuk-tembuk pemisah di tengah-tengah bumi Palestin tanpa mempedulikan bantahan masyarakat antarabangsa dan menjadikan lebih 1.5 juta penduduk Gaza di layan seperti binatang. Apakakah ’perdamaian’ begini yang Obama dan Barat mahukan? Mereka bercakap soal solusi 2 negara sedangkan di waktu yang sama di Tebing Barat tanah-tanah penduduk Palestin terus di rampas dan di jajah secara rakus ..
petikan blog DR SYED AZMAN..
SEKIAN >>>>

studi ...

assalamualaikum , semua...

sekarang musim pekse .. tak sabar nak tuggu abis pekse ... minggu depa abis pekse dah .. so time to rest minggu depan ... aku dah penat peggang buku dalm 3 minggu ni.. hrmmm... sakit ati aku tengk owang kuar tengk wayang ... so cuti ni . aku nak abis kan bnyak duit nak p shoping n tengk wayang .. but kawan kawan tak de nak teman .. sorang blik ipoh . sorang lg p kl..... sorang lg nak p japan naik cruise.... tak takot karam ke la hai .... aku je duk kat kedah ni ... pusing je kedah, asyik pusing je kedah .. asal kedah je pusing .. geram aku .... anybody nak voluntier p shoping ngan aku .. bayaran makan semua aku support ye...... hahha.... tapi kalo nak beli baju gune duit sendiri tengk je bos nak beli bju k... n shoping makan je okey .. remmember.... belum abis pekse lg angan angan dah tinggi dah macam nak tecapai la sangt .. nak p tu .. nanti bile nak kuar je ada la perkataan yang akan kuar ..(Md zulhelmi , ko nak ke mana hah.... ) then aku cakp ( nak kuar jap ) nanti dia ckap( hah ko memang pantang nampak duit sikit semua nak kuar ..) abis la ,,, kaco je...... k lah smapi kat sini coz nak studi jugak .....bye

Wednesday, May 26, 2010

musim la musim

aduh ......... (mula mula dah mengeluh)....sekarang ni macam macam musim ada musim demam musim pekse macam mcam kan.. naik pening pala aku.. sekarang dua minggu aku kena pekse so borink.. tapi di sebabkan form3 tu yang aku jawab macam orang giler tu.. pulonnnnnnn.... cayok....