WHERE ARE YOU?

Saturday, June 8, 2013

ketingalan atau ditinggalkan

Assalamualaikum ,

sekadar mendengar apa orang kata, tidak mungkin dapat mengubah takdir yang ditentukan oleh-Nya. Aku percaya, takdir seseorang
yang bergelar hamba-Nya sudah tertulis sejak azali lagi.. tidak diragui lagi.. Menjadi satu kebiasaan bagi manusia pada hari ini,
yang pandai akan berada diatas manakala yang cetek ilmunya akan berada dibawah. seperti pepatah orang melayu hidup ibarat roda.
Inilah roda kehidupanku.

Tanggal 8 jun 2013,

Aku dapat merasai roda hidupku berubah, rakan baik a.k.a sahabat bawak kemati.. meninggalkan aku untuk berjihad untuk masa hadapan
beliau. Seorang diri aku disini.. Tanpa berkata kata, aku hela nafas hiba, untuk melepaskan seseorang yang rapat dan memahami
diriku, ternyata bukan mudah.. tetapi aku relakan.. biar apa orang kata, "rakan tak bawa kemana~" - bagi aku, beliau telah banyak
memberi aku suntikan hidup yang bermoral bagi aku. beliau menasihati aku dikala aku melakukan perkara yang buruk.. Beliau
menegur aku dikala aku melakukan perkara salah..

Tidak akan aku lupakan kenangan manis dan pahit yang aku telah lalui bersama.. Pepatah melayu ada mengatakan, kawan biar beribu
kekasih biar satu. Bagi aku, pepatah ni silap. ia , memang kekasih biar satu, tetapi dalam masa yang sama~ adakah kekasih itu memahami kita? belum tentu rasanya.. jadi bagi aku, rakan ialah segala galanya, Alhamdullilah, rakan yang baik sentiasa membimbing kita.

pengalaman berkawan yang penuh fantasi dan imaginasi ini, amat berharga untuk dikongsikan bersama. namun, pengalaman aku berkawan dengan rakan yang sama selama hampir 13 tahun , mematangkan aku.. Sahabat itu secara fitrahnya, manusia perlukan sahabat. Tak kiralah sama ada sahabat sebagai isteri mahupun kawan sebagai seorang sahabat. Manusia diciptakan tidak sempurna kerana kesempurnaan hanya milik Allah SWT.Oleh itu, kita memerlukan sahabat sebagai pelengkap kepada kelemahan kita. Penguat saat kita lemah. Menghulurkan tangan saat kita jatuh. Penghibur saat kita berduka.


insyaAllah, jika umurku panjang , kita akan bertemu kembali..

Sekian~

No comments:

Post a Comment