WHERE ARE YOU?

Thursday, June 3, 2010

Murid MaUt TelAN Gam Yang DisangKa (Jeli)


Amat tekejut tadi bace (news paper) hari ni .... 3 June 2010..Iaitu Budak berumur 9 tahun Maut akibat tertelan gam yang disangka (jeli).

ALOR SETAR:
Akibat gurauan terlampau rakan sekelasnya, seorang pelajar perempuan Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu di sini, menemui ajal dipercayai akibat tertelan gam jenis gel dalam kelasnya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa Nor Awatif Azzalayla, 9, yang menghidap penyakit asma sesak nafas selepas mengunyah gam berkenaan yang disangka jeli.
Difahamkan, mangsa diberikan gam yang disangkanya jeli itu oleh rakannya dan dia terus memasukkan gam gel berkenaan ke dalam mulutnya sebelum pengsan di dalam kelas.
Guru sekolah itu yang diberitahu mengenai kejadian terbabit bergegas menghantar mangsa ke sebuah klinik berhampiran di Simpang Kuala di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di klinik berkenaan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.
Seorang ahli keluarga terdekat mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa bergurau dengan rakan sekelasnya sebelum dia tertelan gam gel berkenaan.
Saya diberitahu rakan sekelas anak saudara saya, arwah dipercayai menelan gam gel yang diberikan rakannya kerana menyangka gam itu jeli dan terus memakannya. Anak saudara saya tidak mengetahui rakannya mahu bergurau. Saya diberitahu selepas itu pihak sekolah menghantarnya ke kilinik di Simpang Kuala sebelum kes itu dirujuk ke HSB kerana mangsa sudah meninggal dunia, katanya yang ditemui di rumahnya di Alor Mengkudu di sini, semalam.
Beberapa rakan sekelas mangsa ketika ditemui di rumahnya memberitahu mangsa menelan gam gel yang diberikan seorang rakan mereka beberapa minit sebelum sesi pagi persekolahan berakhir. Beliau berkata, mangsa anak bongsu daripada tiga beradik menghidap penyakit asma.
Ibu mangsa yang ditemui di pekarangan Unit Forensik HSB enggan ditemubual kerana terlalu sedih, manakala bapa tiri mangsa yang juga Penolong Pegawai Daerah Baling juga enggan ditemubual.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, namun memberitahu laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dalam selaput otak.
Mangsa turut menghidap asma dan hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan dalam selaput otak.

kepada adik adik yang gune gam jenis macam ni... nasihat jangan la buat benda macam ni .. MERBAHAYA!!!!...
Jangan Sangka Benda yang Kecil tidak Boleh Membawa Maut ...

No comments:

Post a Comment